‘Landasan Berkembar’, rasuah RM5 bilion kerajaan Abdullah Badawi - Husam
Wan Nordin Wan Yaacob
(Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa berkata, penganugerahan projek landasan keretapi berkembar Ipoh Padang-besar kepada Gamuda MMC JV tidak mengikut prosedur yang sebenar malah ia boleh menyebabkan ketirisan.
Menurut Husam, pada tahun 2004 Perdana Menteri, dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah membatalkan projek ini dan pada waktu itu kos 4 bilipon lebih rendah dari kos sekarang yang diperbaharaui.
“Kononnya pembatalan itu boleh menjimatkan wang negara dan juga mengelak projek mega yang jadi ikon bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Sebelum ini saya telah keluarkan kenyataan ketika itu bahawa projek ini adalah bagus untuk masa depan negara kita sebaba akhirnyab ia akan menghubungkan negara kita, Thailand dan juga China,” katanya.
Menurut Husam, projek ini boleh berikan kemasukan pelancong dari Cina namun apa yang dipersoalkan cuma mengenai kos yang begitu besar yang sepatutnya boleh dijimatkan jika satu tender terbuka dipanggil.
Selain itu PAS tidak bersetuju dengan cara penganugerahan kontrak tanpa kontrak terbuka sebaliknya runding terus ketika itu, katanya.
“Tetapi PM ambil tindakan drasttik yang tak bermanfaat dengan membatalkan terus projek itu. Empat tahun kemudian projek ini diteruskan semula tetapi kali ini kos meningkat dan peningkatan hampir RM5 billion, saya dan dokumen,” katanya.
Selain itu beliau melihat bahayanya tindakan kerajaan BN yang memberi projek ini secara rundingan terus kepada satu pemaju ialah, kontrak ini telah dikeluarkan secara ytergesa-gesa.
Lazimnya surat perjanjian bagi projek ‘design and build’ biasanya dikeluarkan berdasarkan penyata keperluan (statement of Need) yang kerajaan sediakan, katanya.
Tetapi projek ini kontraktor hanya merujuk kepada butiran (Desing Brief) yang mereka sendiri buat, ujarnya.
“Harga telah dinaikkan dan pembayaran pendahuluan yang sangat besar, setahu saya ikut pekeliling kewangan bagi kontrak-kontrak seperti ini pembayaran pendahuluan ialah mesti pada kadara 10 peratus dari kos projek atau 10 juta atau mana lebih rendah,” dakwanya.
Tetapi pembayaran pendahuluan bagi projek ini 1.4 billion telah dibelajakan, katanya.
“Kerajaan yang buat tindakan sebegini sebenarnya satu kerajaan yang tidak bertangungjawab dan guna khazanah negara ini menyebabkan kebocoran ekonomi dan kewangan, ” katanya.
Beliau mendakwa bahawa tindakan pemberian pendahuluan wang projek bukan pada kadar sebenar kepada kontrator oleh kerajaan pimpinan Abdullah Badawi ini hanyalah satu lagi rasuah yang akhirnya akan digunakan sebagai dana pilihan raya umum.
Beliau sendiri mempunyai bukti berupa dokumen yang boleh diketengahkan untuk tatapan Perdana Menteri jika Pengerusi BN itu menafikan tuduhan itu.
No2umnO - Sekarang ini landasan keretapi sedang di bawa masuk ke negara kita dari negara Cina. Pemasangan diusahakan oleh RapidKL dan Scomi. Ini lah projek yang dikatakan mampu di manafaat kan oleh rakyat. Budget sudah keluar, projek sudah jalan. Rakyat masih tunggu, kontraktor sudah dapat wang. Lepas ni kita kena bayar tambang.
Dollah pun serupa juga dengan pemimpin Barisan Nasional yang lain dan yang terdahulu. Kalau tak ubah, kita akan parah. Tunggu lah....jangan sampai anak cucu salahkan datuk dan neneknya kerana gadai dan bangkrapkan negara.
Feb 24, 2008
PROJEK RASUAH GABUNGAN SCOMI, RAPIDKL dan KONTRAKTOR UMNO
Labels: Rasuah UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment