KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 24, 2008

CERITA SERAM: SAKA PULANG MENGUNDI

11 pengundi ini masih hidup atau ...

Muslim
harakahdaily.

Saudara Pengarang,
Assalamualaikum,

Ini adalah maklumat yang saya baru terima daripada seorang rakan, hasil siasatan rambang di lawan web semakan daftar pemilih SPR di http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp.

Saya mendapati terdapat sekurang-kurangnya 11 orang penduduk di Selangor yang berumur 120 tahun dan ke atas layak mengundi!

Dalam Guinness World Records pun hanya ada dua orang sahaja dalam kalangan top 10 manusia tertua di dunia berumur 120 tahun ke atas. Tetapi, di Selangor ada 11 orang! (Itu pun hasil siasatan rambang, bermakna kemungkinan terdapat lebih ramai). Buktinya layarilah lawan web http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp dan masukkan nombor ic ini.

  • 801018775059
  • 800311086231
  • 811028045577
  • 830416610017
  • 841207065917
  • 851222740019
  • 850513106435
  • 851117106729
  • 850802106378
  • 850916086838
  • 860320145365

Tiada masalahnya kalau mereka ini masih betul-betul hidup. Tetapi, bagaimana kalau mereka sudah lama mati?!

Pertama kali melihat senarai tersebut, saya menyangka semua calon ini hanya calon remaja biasa kerana saya menyangka angka 85 di hadapan kad pengenalan mereka bermaksud mereka lahir pada tahun 1985.

Tetapi, setelah menyemak senarai itu di laman web SPR, sebenarnya mereka lahir pada tahun 1885!!

Kepada mereka yang berkenaan, silalah laporkan perkara ini kepada mereka yang berkuasa atau 'forward'kan e-mel ini kepada mereka kerana saya tidak mempunyai akses, terima kasih.

1 comments:

Anonymous said...

kalau rajin buat siasatan, check samada mereka ni masih hidup. kalau dah meninggal, check bila meninggal. katakan dah meninggal 10 tahun lepas, macam mana boleh dapat nombor ic baru?? SPR tolong jawab...

Posting terkini

Blog Archive