anakperelihblog.blogspot
Tadi, semasa berada berhampiran sebuah bilik gerakan BN sebuah cawangan UMNO Perlis, saya terdengar percakapan salah seorang petugas disitu yang Shahidan telah menggunakan "samseng kampung" (geng Gagak Hitam kut??) untuk membuang bendera bendera BN di Kangar. Bendera bendera tersebut bukan dibuang oleh petugas petugas biasa BN seperti dilaporkan oleh beberapa media. Arahan juga dikeluarkan kepada bilik bilik gerakan di Kuala Perlis supaya berbuat sedemikian. Samseng samseng kampung ini juga dikatakan akan ke Kuala Perlis untuk melakukan pekara yang sama seperti apa yang mereka lakukan di Kangar. Tetapi Petugas petugas BN Kuala Perlis memberi amaran, kalau samseng samseng Shahidan ini meneruskan kerja membuang bendera di Kuala Perlis, petugas BN di Kuala Perlis sanggup bergaduh/berkelahi. Ini menyebabkan samseng samseng Shahidan ini tidak meneruskan niat mereka (Orang Kuala Perlis terkenal dengan sifat kahaq mereka). Sebab itu bendera bendera BN di Kuala Perlis tidak diturunkan semasa drama buang bendera BN di Kangar berlaku.
Guna Samseng samseng ini adalah untuk melakukan provokasi dan tindakan menekan pimpinan BN di Putrajaya - Pak Lah, Radzi, Azmi dan Najib bahawa ahli akar umbi UMNO berdiri teguh dibelakang Shahidan dan sanggup memulau pilihanraya ini jika Shahidan diketepikan. Dan nampaknya strategi ini berjaya.
Saya juga mendapat maklumat bahawa samseng samseng ini juga akan digunakan untuk menggangu rumah Dato Radzi, yang pada ketika ini, ramai pengikutnya juga berkumpul dirumahnya.
Oleh itu, saya berharap agar petugas petugas BA - PAS dan PKR di Perlis agar berhati hati terhadap kumpulan samseng kampung upahan Shahidan ini semasa pilihanraya ini. Keselamatan diri dan bilik gerakan harus sentiasa diutamakan selain berwaspada terhadap provokasi yang diadakan seperti yang pernak dilakukan semasa pilihanraya kecil Indera Kayangan dahulu.
Ini adalah disebabkan, jika antara sesama petugas BN sendiri pun mereka boleh cuba mencetuskan kekacauan dan provokasi, termasuk terhadap pemimpin UMNO sendiri, maka tiada halangan dan tiada sebab pekara yang sama atau lebih lagi dilakukan terhadap petugas petugas BA.
Saya juga berharap agar media alternatif pro atau milik BA seperti malaysiakini, klpos dan harakahdaily untuk juga memantau berita berita di Perlis kerana sebarang insiden buruk terjadi terhadap petugas BA akan disembunyikan oleh media arus perdana.
Petugas petugas BA juga mestilah, jika boleh merakam gambar atau video sebagai bukti terhadap sebarang kejadian provokasi/kekacauan yang dicetuskan oleh samseng samseng kampung ini... Bukti bukti ini boleh dihantar ke malaysiakini, harakahdaily, klpos dan youtube untuk sebaranke seluruh negara serta dunia serta untuk laporan polis.
Jika anda tidak mempunyai akaun broadband untuk upload ke media alternatif atau youtube, sila dapatkan bantuan dari bilik gerakan BA di Kangar yang insyaallah mempunyai kemudahan tersebut atau e-mail saya di anak_perelih(at)yahoo.com. Saya mempunyai kemudahan broadband.
PM bagi ‘rating’ prestasi jemaah menteri
2 minutes ago
0 comments:
Post a Comment