KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 24, 2008

Pencalonan meriah di Lembah Klang, calon Bebas di Batu Caves

Pencalonan meriah di Lembah Klang, calon Bebas di Batu Caves
Anis Nazri & Nyza Ayob
9:55:42 am

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Hrkh) - Hari ini penentuan bermula. Langkah awal para calon dalam pilihan raya ke-12 akan ditentukan hari. Kalau diterima borang pencalonan, maka saha mereka akan bertanding, tetapi jika ditolak, maka lawan calon akan meraih kemenangan tanpa memerah keringat.

Dalam melaporkan perkembangan yang berlaku, beberapa wartawan Harakah meninjau situasi di beberapa kawasan pencalonan di sekitar Lembah Klang pagi ini.

Di Pusat Pencalonan Sekolah Menengah Sungai Pusu, Gombak, ANIS NAZRI melaporkan sekitar jam 9.30 pagi tadi calon-calon daripada Barisan Alternatif (BA) telah mengemukakan borang pencalonan mereka iaitu, untuk calon Parlimen Gombak, Azmin Ali; Dato' Dr Hasan Ali (Dun Gombak Setia; Shaari Sungib (Dun Hulu Klang) dan Amiruddin Shaari (Dun Batu Caves).

Manakala dalam perkembangan yang tidak dijangka, terdapat pencalonan Bebas iaitu untuk N16 (Dun Batu Caves), Azmi Hussain.

Menurut Anis, di luar kawasan pusat pencalonan, para penyokong BA telah memenuhi kawasan berkenaan dengan membawa sepanduk, bendera dan melaungkan slogan-slogan untuk menaikkan semangat para calon dan ahli parti.

Antara, slogan yang dikesan ialah, 'reformasi', 'hidup rakyat'dan 'barang naik' sementara sepanduk yang dibawa pula tertulis; 'dah lama sangat dah...cuba ubah sekali', 'kami menang, sekolah rendah ke pendidikan percuma untuk semua rakyat',' kami menang, petrol dan diesel turun.

Selain itu, terdapat juga sepanduk yang tertulis 'tawaran-tawaran BA untuk wanita','undilah PAS untuk menuju negara kebajikan.'

Sementara itu, wartawan NYZA AYOB melaporkan dari Pusat Pencalonan Dewan MPAJ, pusat berkenaan telah dibuka pada jam 9 pagi tadi.

Calon-calon daripada BN dilaporkan memulakan penyerahan borang pencalonan iaitu; Dato' Ong Tee Kiat (Parlimen Pandan), Nosimah Hashim (Dun Chempaka) dan calon untuk Dun Teratai. Manakala diikuti pula dengan calon BA pada jam 9.15 pagi iaitu; Syed Shahir Syed Mohamud - KeADILAn (Parlimen Pandan), Iskandar Abdul Samad - PAS (Dun Cempaka) dan Jenice Lee - DAP (Dun Teratai).

Di luar kawasan pencalonan kira-kira 2,500 penyokong pembangkang kelihatan berkumpul dengan meneriakkan; 'hidup..hidup rakyat','undi BA, KeADILan, DAP' dan 'kasi turun BN - Barang Naik.'

Dalam pada itu, perkembangan di Kelantan yang dilaporkan oleh WAN NORDIN dan INTAN ABDULLAH memaklumkan; calon-calon PAs di Parlimen Tumpat telah dikepalai Dato' Kamarudin Jaffar dengan melangkah masuk pusat penamaan calon di Pejabat Tanah Daerah Tumpat.

Turut bersama adalah, calon-calon Dun Pasir Pekan,Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Ahmad Yaakob;Zaki Ibrahim (Dun Kelaboran); dan dua lagi calon PAS dan KeADILan di Pengkalan Kubor dan Wakaf Baru.

Tempoh masa penyerahan kertas pencalonan telah pun ditamatkan jam 10 pagi tadi dan kini semua sedang menunggu untuk melihat jika ada bantahan daripada mana-mana pihak. - mks.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive