Berasal dari sebuah keluarga yang susah, beliau mendapat pendidikan menengah di SMKA Al-Mashoor (Lelaki), Pulau Pinang dan Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang dan kemudian menyambung pelajaran di dalam jurusan Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
"Saya orang susah, dan hanya orang susah yang faham penderitaan orang susah," kata beliau dalam satu ceramah di pekan Balik Pulau dua minggu lalu.
Satu hari, cerita Yusmadi kepada KLpos.com, ada orang Umno yang memberitahunya, macam mana hendak jadi ahli parlimen kalau naik basikal sahaja."Saya balas, hanya orang yang naik basikal sahaja faham perasaan orang yang naik basikal, orang yang berkereta besar kehulu-hilir tidak sempat memahami erti kesusahan rakyat di bawah," katanya.
"Saya faham orang-orang Balik Pulau, kerana saya barasal dari sini," kata Yusmadi yang terpilih mewakili Malaysia untuk biasiswa berprestij daripada kerajaan Amerika Syarikat pada 2006.
Menurut peguam muda, beliau bersedia menentang sesiapa sahaja yang di pilih untuk bertanding di Balik Pulau.
"Hakikatnya sehingga hari ini, selepas 50 tahun merdeka, Balik Pulau masih mundur, perjuangan saya, selaku anak Balik Pulau adalah membantu mengeluarkan mereka dari kemiskinan," katanya.
"Saya tidak bertanding kerana hendakkan jawatan atau wang, rezeki saya sudah cukup sebagai peguam, tetapi yang menggerakkan hati kecil saya untuk bertanding adalah bagi membantu saudara mara saya, jiran tetangga, orang-orang kampung di sini.
"Janji saya jika dipilih oleh orang Balik Pulau, adalah untuk membela mereka, bukan dengan projek atau geran kerajaan, tapi dengan memastikan mereka menerima pendidikan paling sempurna"katanya.
Tema kempen Yusmadi adalah "Membela yang tidak dibela".
Sarjana Undang-Undang (LL.M) di American University Washington College of Law di Washington D.C. ini khabarnya bakal berdepan Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamad yaakob.
0 comments:
Post a Comment