Rayuan 3 ketua bahagian ditolak
Berita Hasutan
KUALA TERENGGANU: Rayuan tiga Ketua Umno bahagian Terengganu yang digugurkan daripada senarai supaya dicalonkan semula pada pilihan raya umum kali ini ditolak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam.
Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata keputusan itu dibuat Perdana Menteri kerana yakin calon yang diumumkan Rabu lalu, mampu membentuk pasukan dinamik untuk mencipta lebih banyak kehebatan di Terengganu.
Katanya, selepas menimbang permohonan Ketua Bahagian Marang yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar; Datuk Rosli Mat Hassan (Dungun) dan Datuk Tengku Putera Awang (Hulu Terengganu) pada mesyuarat khas malam kelmarin, beliau mengadakan pertemuan dengan Pengerusi BN kira-kira jam 10 pagi semalam di Putrajaya, memaklumkan hajat mereka.
“Selepas diberi penjelasan ketika sarapan pagi, Perdana Menteri mahu calon yang diumumkan sebelum ini dikekalkan kerana yakin pasukan ini mampu mencipta lebih banyak peristiwa untuk Terengganu.
“Mereka bukan calon biasa kerana memiliki kelayakan akademik dan pencapaian hebat serta boleh membentuk pasukan dinamik untuk memacu pencapaian Terengganu dengan lebih cemerlang,” katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, di sini, semalam.
Idris berkata, beliau yakin protes yang berlaku beberapa hari lalu akan berakhir selepas pemimpin yang digilirkan dengan muka baru dapat menerima penjelasan.
No2umnO- Masa depan menantuku adalah lebih penting dari kamu semua. Sedar lah diri wahai UMNO bahawa sudah berapa tahun kah budaya pilih pemimpin oleh kepimpinan di lakukan. Kamu tiada hak pilih wakil kamu. Kerna itu lah UMNO digelar, penyokong tolol, letak tunggul kayu pun sokong. Pemimpin UMNO tidak bimbang dengan bantahan kamu kerana Pemimpin kamu tahu bahawa marah kamu akan reda, geleng kamu akan bertukar angguk. UMNO adalah budaya sokong parti dan bukan sokong pemimpin. Kalau makan mahu tukar resepi ..... weyyyy politik bila nak tukar parti? Budaya kolot bila nak cabot?
BILA WALAUN OTAK TERBALIK
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment