Ketegangan di Marang – Pemuda UMNO menyerang dengan parang dikejarkan ke hospital
buletinonline.net
Marang, 24 Feb, 1.20am – Satu ketegangan telah berlaku di hadapan pejabat UMNO Marang sekitar jam 12.00 malam ini diantara petugas PAS dan Pemuda UMNO.
Dari laporan lisan(tidak rasmi) Buletin Online dimaklumkan bahawa beberapa orang petugas PAS berhasrat untuk memasang bendera di hadapan pejabat UMNO Marang. Walau bagaimana pun beberapa pemuda UMNO yang berada disitu telah melarang para petugas PAS daripada memasang bendera.
Namun demikian para petugas PAS ingin meneruskan hasrat untuk memasang bendera disitu. Tiba-tiba salah seorang daripada pemuda UMNO tidak berpuas hati telah menyerang petugas PAS dengan sebilah parang.
Dalam keadaan cuba untuk mempertahankan diri, beberapa petugas PAS telah cuba memegang pemuda UMNO yang menyerang dengan parang dan berlaku sedikit pergelutan.
Beberapa petugas PAS yang lain yang berada dikawasan sekitar, datang membantu. Didalam kelompok yang ramai, telah berlaku sedikit kelam kabut. Polis telah dikejarkan ke tempat kejadian untuk meredakan keadaan.
Pemuda UMNO yang menyerang petugas PAS dengan parang telah mendapat cedera dan dikejarkan ke hospital.
BILA WALAUN OTAK TERBALIK
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment