KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 24, 2008

HARAM HASIL KEMENANGAN MENIPU

Peringatan

harakahdaily
Soalan


1 Bagaimana dengan hasil pendapatan Ahli Parlimen dan Adun yang menang hasil dari penipuan dalam pilihan raya?

2 Bagaimana pula dengan ahli keluarga mereka yang terpalit sama makan dari hasil tersebut?

3 Adakah mereka termasuk dalam amaran baginda Rasulullah s.a.w menerusi hadis kesepuluh kitab Hadis 40 Imam Nawawi, iaitu permohonan mereka tidak diterima Allah?

4 Begitu juga dengan para pegawai Suruhan Jaya Pilihan Raya yang menolong individu tertentu hingga menang dengan cara menipu.

Jawapan oleh Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulamak Rantau Asia (SHURA), Ustaz Haji Abdul Ghani Samsuddin

Dalam Surah al Baqarah ayat 188 Allah berfirman lagi: "Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, pada hal kamu mengetahui (salahnya).
Rasulullah bersabda : "Sesungguhnya Allah mengagihkan perwatakan dan akhlak kamu persis sepertimana dia mengagihkan kepada kamu habuan rezki. Allah mengurniakan (nikmat) duniawi ini kepada siapa sahaja; sama ada orang yang Dia suka atau tidak suka. Namun kurniaan (pegangan dan iltizam ) agama (habuan baik ukhrawi) hanya diberikan kepada orang yang Dia suka. Sesiapa yang dikurniakan dengan nikmat berpegang (beramal) dengan agama maka itu bermakna Allah telah menyayanginya. Akan tetapi ingatlah; demi Allah yang nyawaku di tangannya, seseorang itu tidak akan menjadi muslim sehinggalah hati dan lidahnya ikut menjadi muslim. Tidak menjadi mu’min sehinggalah jirannya terselamat dari gangguan karenah kejahatannya. Sahabat bertanya: apakah maksud kejahatan berkenaan. Baginda menjawab; keganasan dan kekasarannya. Jika ada sesiapa yang meraih rezki haram kemudian dia menghulurkan rezki itu sebagai sedekah (kepada orang lain) maka Allah tidak akan sudi menerima (amalannya) itu. Jika ia membelanjakan harta tersebut ia tidak akan mendapat barakahnya. Jika dia meninggalkan harta itu sebagai harta warisan (anak cucu) maka harta berkenaan hanya akan menjadi bekalannya ke (jurang) neraka. Allah tidak akan menghapuskan kejahatan (keburukan ) dengan perbuatan kejahatan. Tapi Allah melupuskan kejahatan (keburukan) dengan amalan kebajikan (kebaikan). Keburukan atau al Khabith tidak dapat menghapus dan melupuskan keburukan.

Maka makan dari hasil kemenangan melalui penipuan, dilantik dengan cara menipu .... HARAM lah ia.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive