Si Bodoh dan terus di bodohkan.
Tiada perkataan BERDOSA di dalam kamus Imam Hadhari. Tidak bertanggung jawab, rasuah, korup dan pembohongan sudah menjadi darah daging Dollah Badawi. Untuk menanti Dollah berubah, tunggu nyawa di hujung tanduk, nafas tersekat sekat, mata tidak terbuka, kencing tidak ditandas, baru lah bercerita tentang taubat. Kalau tidak, apa yang dia tahu .... TAU BUAT.
Pokok pangkalnya, dia kaya, menantu kaya, anak jutawan dan semua akan menjadi miliknya. Kalau Dollah ikhlas dan jujur, beliau tidak akan menjadi Timbalan Perdana menteri dan kemudian menjadi menteri. Hanya makhluk yang bodoh dan dungu memuja Abdullah Badawi kerana tertutupnya pintu hati dan fikiran bagi menyelongkar sikap sebenar cucu ulamak yang telah lama berubah menjadi buaya di dalam semak.
Ketika rakyat menanti pembubaran parlimen. Dollah sudah berbohong. Semalam kata tiada, hari ini Parlimen pun bubar. Semua rakyat ditipu. Melayu kata tak apa. Dendam dan sakit hati menanti waktu. Tidak sabar menunggu hari pilihanraya untuk tunjuk rasa sakitnya hati. balas dendam. maklumlah wang dipoket sudah berkurangan, pekerjaan pun sudah tiada. Apa lagi harapan yang ada kecuali tukar kerajaan. Bila? Melalui pilihanraya yang sudah pasti TIDAK TELUS dan penuh dengan muslihat.
Hari ini adalah hari pencalunan pilihanraya. Kecoh dengan isu "mati setem" yang sebelum ini wajib, tapi hari ini sudah tidak wajib. Hanya tempoh 3 hari syarat itu bertukar hukum. Mudah kerana undang undang dan kuasa pada mereka. Alasannya, arahan lisan telah diberikan untuk tidak mewajibkan 'mati setem' pada borang pencalunan. Bentuk bohong dan tipu SPR kali ini adalah sama seperti yang dilakukan oleh Dollah Badawi. Adakah ini tidak sengaja? ................ BN dan SPR memang sengaja.
Akibatnya .... 3 hari dipenuhi waktu dengan berkejar kesana dan kemari untuk penuhi syarat dokumen dan malangnya hari ini, semua yang dilakukan itu sia sia belaka. Malah ada yang tidak datang kerana borang tidak mempuyai duti setem. Adakah ianya Sengaja atau tidak? ................ Semuanya sudah dirancang.
Kita ingat lagi apa yang berlaku pada tahun 2004. Apabila pada tahun 1999 BN sedar bahawa undian kepada mereka sudah berkurangan angkara pemecatan Anwar Ibrahim. Selepas itu SPR menjadi semakin ghairah. Ghairah untuk berbohong. Lantaran itu, dengan kerjasama OTAK pembohongan RASHIT dan ABDULLAH BADAWI, pelbagai bentuk penipuan berlaku pada hari pilihanraya berikutnya 2004. Mereka sudah tahu, apa jua yang mereka lakukan, rakyat tidak berdaya buat apa apa.
Pengundi hantu, senarai nama bertaburan, pecah kawasan, kekeliruan, mengundi lebih dari sekali dan penipuan akhir pada hari itu adalah tambahan masa dan undi pos. Melangut di depan TV, tidak mendatangkan hasil. Dengan angkuh Barisan Nasional memenangi pilihanraya dengan majoriti yang terbesar di dalam sejarah. Siapa yang percaya? Semua tidak kerana kita tahu, ramai yang tidak suka dari yang suka. Ramai yang kecewa dari yang tidak.
Pembangkang mula membuat kajian. Satu demi satu, bukti dibawa ketengah. Mereka membuat lapuran polis demi lapuran polis. SPR dan BN bakal kena. Tindakan susulan membawa mereka ke mahkamah dan akhirnya sehingga sekarang semua kes masih tergantung gantung, tiada berpenghujung. BN dan SPR masih tersenyum riang kerena mereka tahu, undang undang milik mereka. Hakim, polis dan apa sahaja yang ada dinegara, tunduk pada arahan yang maha berkuasa, kerjaan Barisan Nasional.
Harapan keadilan di tegakkan dan tahun ini, 8hb March 2008. Sekali lagi rakyat akan berharap.
Pemimpin Barisan Nasional dan SPR mahukan rakyat turun mengundi. Sama seperti yang lalu. Ianya hanya sekadar mahu tunjuk bahawa ini lah sistem demokrasi. Kononnya rakyat setuju dengan demokrasi pilihanraya yang kita ada, maka rakyat pun turun beramai ramai. Kalau rakyat tidak turun ...... SPR bukan lah badan yang dipercayai rakyat dan sistem Demokrasi kita bukan lah demokrasi tulen. Maka kecoh satu dunia bercerita tentang pemulauan Pilihanraya Malaysia 2008.
Apakah Dollah lebih jujur dari tahun 2004 dan apakah SPR lebih bersih dari sebelumnya? Ciri ciri pembohongan awal sudah pun ditunjukkan. Mereka tidak akan sekali kali berubah. Mereka tidak akan berbohong seperti tahun 2004? Malah bohong mereka akan lebih teruk lagi. Bukan hendak menjadi bomoh atau menuduh tetapi nantikan pilihanraya 8hb Mac 2008, anda akan lihat betapa kotornya politik dan kaedah yang mereka gunakan.
Selepas itu nanti, apakah yang anda akan lakukan? Pergi ke balai polis bersama pemimpin pembangkang dan membuat lapuran polis. Ke Mahkamah dan perbicaraan dibuat lagi. Kes yang bertompok tompok seperti tahun tahun dahulu.
Tidak cukup kah kita dibohongi selama lebih dari 50 tahun. Kalau ditakdirkan UMNO dan BN kalah, trajedi 1969 akan berulang. kalau BN dan UMNO memang, rakyat akan terima padah. 4 tahun akan datang, macam macam boleh berlaku. Kita akan lihat betapa pembaziran di depan mata. Bangunan tinggi, kualiti tiada, Negara kaya tapi rakyatnya terus papa.
Wahai PAS dan KEADILAN, berikan lampu hijau. Terus atau tidak? Mahu apa lagi? Apa harapan yang kamu ada?
Tidak cukupkah dengan keengganan Rashit menurut desakan BERSIH? Tidak cukupkah dengan keengganan Dollah Badawi memecat menteri yang korup? Tidak cukupkah lagi kegagalan memulihkan ekonomi negara? Tidak cukupkah dengan penyambungan semula jawatan KPN dan Pengerusi SPR? Mahu bukti apa lagi? Semuanya sudah dijelaskan, cuma hati penuh dengan angan angan kononnya untuk menang.
Apakah kemampuan kita kalau kita gagal lagi kali ini dengan cara TIPU yang paling BODOH Barisan Nasional dan BN? Kalau ditipu sekali .... itu silap. Kalau ditipu banyak kali ..... itu bodoh namanya.
BERSIHKAN SPR DULU dan baru kita undi.
Feb 24, 2008
BERSIHKAN SPR DULU DAN BARU KITA UNDI
Labels: PRU 12
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment