PSM Menunjukkan Semangat Tinggi Untuk Singkirkan Samy Vellu
penamerahps.blogspot.com
Sungai Siput Akan Menyaksikan Persaingan Hebat
- Laporan Hari Penamaan Calon Kawan Parlimen P062 Sungai Siput
24 Februari 2008, Sungai Siput
Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr. Jeyakumar Devaraj yang bertanding dengan tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kawasan Parlimen Sungai Siput berikhtiar untuk menyingkirkan Samy Vellu dari Sungai Siput dan Parlimen Malaysia.
Pada pagi ini, Dr. Kumar berarak ke pusat penamaan calon Sungai Siput, diiringi oleh penyokong-penyokong yang berjumlah 500, bersiap dengan bendera Parti Keadilan Rakyat dan bendera Tumbuk Merah PSM.
Jalan di hadapan pusat penamaan calon, Pejabat Majlis Perbandaran Kuala Kangsar Cawangan Sungai Siput, telah dibanjiri oleh penyokong-penyokong calon yang akan bertanding dalam Pilihanraya ke-12.
Jumlah penyokong calon Barisan Nasional (BN) telah berkurangan banyak berbanding hari penamaan calon pada 2004, nampak tidak bersemangat dan hilang arah. Penyokong-penyokong daripada parti-parti pembangkang menunjukkan semangat yang tinggi dengan laungan slogan yang menggegarkan bumi Sungai Siput.
Barisan penyokong parti-parti pembangkang juga dimeriahkan lagi dengan nyanyian lagu perjuangan oleh para penyokong PSM bersama rakan-rakan daripada parti penyokong yang lain. Slogan "Hidup Rakyat" dan "Hidup Perjuangan" dilaungan dalam 4 bahasa – Melayu, Kantonis, Mandarin dan Tamil. Tidak hairan penyokong-penyokong BN terpegun apabila terdengar lagu PSM tentang kenaikan harga dinyanyikan, kerana apa yang dinyanyikan itu memang realiti yang dihadapi oleh mereka setiap hari – pemerasan oleh pemimpin yang disokong buta-tuli oleh mereka. Para penyokong PSM juga mencipta sebuah lagu bertajuk "Lagu Rakyat Sungai Siput", yang menjadi lagu tema kempen pilihanraya untuk Dr. Kumar.
Lagu itu berbunyi begini:
"Rakyat Sungai Siput semua
Mari jemput perubahan baru
Kobarkan semangat juangmu
Kesaksamaan pasti menunggu
Sudah cukup lama
Kita terbelenggu…
Satukan kekuatan buruh tani
Perubahan mula sini
(Kita jemput Sosialis)"
Orang ramai yang berkumpul di hadapan pusat penamaan calon Sungai Siput tidak terkejut – taktik pengecut tanam calon bebas hari ini kerana Nor Lizan Oon, seorang bekas anggota UMNO bertanding sebagai calon bebas. Oleh sebab calon bebas ini langsung tidak dikenali, pastinya akan hilang deposit dan pertempuran di Sungai Siput sebenarnya adalah satu lawan satu.Walaupun pertandingan tiga penjuru berlaku di Sungai Siput, yang pasti mendapat tumpuan umum adalah pertembungan antara Dr. Kumar, jaguh perjuangan rakyat miskin, dengan Samy Vellu, menteri kanan kerajaan BN yang dibenci ramai.
Selepas Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan calon-calon yang akan bertanding di kawasan Parlimen Sungai Siput, DUN Lintang dan DUN Jalong, Dr. Kumar disambut meriah oleh penyokong-penyokongnya di luar pagar Majlis Perbandaran. Dr. Kumar disambut dengan begitu hebatnya seperti seorang wira rakyat. Cara sambutan sebegini hanya dapat disaksikan semasa Presiden Venezuela Hugo Chavez disambut hebat oleh rakyat jelata apabila beliau kembali ke pejabat presiden selepas satu rampasan kuasa oleh puak kanan ditewaskan.
Bagi Samy Vellu, pilihanraya kali ini adalah pertarungan hidup maut dalam kerjayanya sebagai politikus, tetapi bagi Dr Kumar, pertandingan kali ini adalah tentang hidup mati rakyat. Samy Vellu pasti akan menggunakan segala taktik kotor untuk memastikannya menang, termasuklah membeli undi, menghabiskan sebanyak wang mungkin, mengupah samseng dan menyeludup masuk pengundi hantu. Namun, Dr. Kumar bersama pasukan kempennya yang bersemangat juang tinggi tidak merasa gentar dan pasti akan memberi satu tentangan hebat untuk menumpaskan Samy Vellu dan kerajaan BN pro-kapitalis.
Kembalikan Kuasa Kepada Rakyat!
Perubahan Bermula Di Sungai Siput!
Feb 24, 2008
UMNO JADI CALUN BEBAS, BANTU SAMY VELLU
Labels: Belit BN Belit UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment