desakerayongindah.
Penamaan Calon yang berlangsung di Pusat Penamaan Calon Stadium Tertutup Kuala Selangor bagi Parlimen dan DUN Kuala Selangor pada Ahad 24 Februari 2008 telah dihiasi dengan Protes daripada sekumpulan Pembeli Rumah Terbengkalai Desa Kerayong Indah.
Dalam majlis penamaan calon tersebut, pembeli Rumah Terbengkalai Desa Kerayong Indah di dalam DUN Jeram yang kecewa dengan sikap acuh tak acuh pihak yang berkenaan yang selama ini diyakini dapat membantu rakyat untuk memiliki sebuah rumah di Desa Kerayong Indah telah mengadakan satu protes di Pusat Penamaan Calon.
Protes tersebut telah berjalan dengan lancar tanpa halangan daripada pihak bekuasa seperti Polis dan FRU memandangkan protes yang dilakukan tersebut tidak mengganggu dan menggugat ketenteraman awam.
KEM BARISAN NASIONAL (BN)
Pada kem Barisan Nasional (BN), protes ditujukan kepada calon Wakil Rakyat DUN Jeram Amirruddin Setro dan calon Parlimen Kuala Selangor yang baru Sdr Jahaya Ibrahim agar mereka memahami bahawa rakyat di bawah kawasan mereka amat kecewa dengan kegagalan mereka membantu pembeli-pembeli rumah Desa Kerayong Indah yang telah melangkaui 9 tahun penantian. Klik disini untuk gambar-gambar penuh.
Dalam pada itu, terdapat provokasi yang sengaja dicetuskan oleh kem BN yang sedang berarak bilamana pembeli-pembeli rumah terbengkalai telah di "boo" sambil mengeluarkan kata-kata kesat yang mencerca pembeli-pembeli yang datang untuk melahirkan kekecewaan terhadap rumah yang telah terbengkalai sepenuhnya ini. Namun begitu, pembeli-pembeli yang memprotes tidak membalas semula kata-kata kesat tersebut untuk tidak memburukkan keadaan.
KEM BARISAN ALTERNATIF (BA)
Pada Kem Barisan Alternatif pula, agendanya ialah untuk disampaikan kepada calon DUN Jeram Hairi@Maruji Darmo dan calon Parlimen Dr Dzulkifly Ahmad agar membantu pembeli-pembeli rumah Desa Kerayong Indah sekiranya mereka memenangi kerusi tersebut dan menjadi wakil rakyat di dalam Pilihanraya Umum 2008 ini. Klik disini untuk gambar-gambar penuh.
Berbeza dengan kem BN, pembeli-pembeli telah diberikan sepenuhnya ruang dan semangat oleh Barisan Alternatif (BA) di kem mereka untuk pembeli-pembeli Desa Kerayong Indah menaikkan sepanduk protes ini.
Feb 24, 2008
UMNO DIPROTES KETIKA PENCALONAN
Labels: Pencalunan UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Projek kerajaan Selangor, Desa Kerayong Indah 9 tahun terbengkalai.Terdapat lebih 1000 unit rumah di kawasan seluas 216 hektar tanah sepatutnya disiapkan.Wang rakyat dicuri secara sistematik..dan ia adalah konspirasi fraud.sampai kini tidak wang tersebut tidak dikembalikan...lebih 2000 pengundi nak pangkah siapa?
mari lihat http://comedycourt.com.my/latesthits_04.html
Post a Comment