KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 24, 2008

PERHIMPUNAN 'HARAM' UMNO DIHARI PENAMANAAN CALON

ImageKrisis calon BN - Ahli Umno Terengganu anjur 'demonstrasi haram'
Harakahdaily

Kini, giliran Umno/BN pula mengadakan demonstrasi jalanan secara haram yang menjadi budaya Umno setiap kali menjelang pilihan raya umum.

Antara slogan yang dipamerkan oleh penyokong 'Man Bakar' di khalayak umum seperti 'Tahun 1999 Menjelma Kembali', 'Idris khianat rakyat', 'Idris Diktator', 'Idris derhaka Sultan dengan paksa Pak Lah', 'Pok Yeh…Pecah…Perintah', 'Idris nafi Umno Bahagian', 'Idris Penipu Tuanku..Guna PM', 'Pok Yeh Jual Terengganu', 'Pok Yeh Cap Ayam', 'Jangan bunuh Giant Killer' dan 'Marang Mau Man Bakar'.

Selain itu, para penyokong Umno Hulu Terengganu pula memaparkan slogan 'Umno Hulu Terengganu bersama Tengku Putera', 'Jangan fitnah Tengku Putera' dan sebagainya.


Manakala, penyokong Umno Seberang Takir menggunakan slogan 'Kami di belakangmu Shapian Ali', 'Kami tolak calon lain, Jika tidak Seberang Takir akan Memahat Sejarah', 'Warga Seberang Takir TOLAK selain Shapian', 'PAS akan Memahat Sejarah di Seberang Takir' dan 'Mari Pakat Gie Ke Laut pada 8.03.08 ni'.

Perhimpunan seumpama itu berlaku hampir setiap hari sejak pengumuman calon-calon Umno/BN pada 20 Februari 2008 lalu serta jumlah penyertaannya semakin ramai setiap kali diadakan demonstrasi tersebut.

Para penyokong Umno/BN berkumpul bagi mendesak Idris mengubah kembali senarai calon-calon tersebut sebelum hari penamaan calon 24 Februari 2008 (Ahad) ini.

Sehubungan itu, Umno/BN Terengganu dilihat cuba menutup isu tersebut dengan mengarahkan pihak anggota polis bertindak 'merampas' vcd-vcd berkaitan yang berada di pasaran terutama di tempat-tempat ceramah PAS.

No2umno - Diberitahu bahawa perhimpunan ini TELAH menyebabkan Idris Jusoh tidak dapat tidur nyenyak dan lantas terpaksa mengambil penerbangan ke Kuala Lumpur bertemu Dollah Badawi petang tadi. Dilapurkan juga bahawa sekiranya tiada perubahan yang berlaku, penyokong dari pihak yang tidak tercalon akan terus membuat perhimpunan pada hari penamaan calon esok.

Dijangkakan, penglibatan lebih ramai penunjuk perasaan dan akan berlaku di beberapa tempat selain dari memberi tekanan kepada Menteri Besar Terengganu yang lebih bertindak menurut kata Dollah Badawi dan menantunya Khairy. Apa kah kesudahan cerita ini? Sanggupkah Idris Jusoh membuat perubahan di saat saat akhir hari penamaan calun? Apakah calun yang tersenarai bersedia untuk menyerahkan kembali setelah dicalunkan?

UMNO bakal berhadapan dengan hari yang semakin gelap gara gara campur tangan menantu bekas PM yang cuba bertindak bijak di dalam menyenaraikan kroni kroninya di dalam pilihanraya ke 12 ini.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive