KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 24, 2008

Saya lebih risau SPR daripada Pirdaus - Azizah

Utusan Maloya

BUKIT MERTAJAM 23 Feb. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa bakal memperolehi undi besar di Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-12 selagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan tugasnya dengan telus.

Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau tidak risau langsung mengenai pesaingnya, Datuk Pirdaus Ismail atau Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) Datuk S. Nallakaruppan yang hendak berkempen di kawasan itu bagi pihak Barisan Nasional (BN).

''Sekiranya SPR tidak menjalankan tugasnya mengikut peraturan, tidak telus dalam pilihan raya akan datang, itu lebih berbahaya dan lebih merisaukan saya.

''Berdasarkan pengalaman saya, SPR perlu lebih dirisaukan berbanding calon atau sesiapa pun," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan senarai calon PKR yang akan bertanding di Pulau Pinang di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau meletakkan harapan pada SPR untuk menjalankan amanah rakyat sebaik-baiknya dan menjadikan keputusan pilihan raya kali ini yang terbaik pernah dibuat oleh badan tersebut.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive