Exco Pahang Mengamuk Anwar Turun Padang !!
Oleh: cucumatkilau
tranungkite
Entah apa nak jadi dengan puak-puak UMNO Karat ini. Belum pun parlimen dibubarkan tiba-tiba salah seorang Exco Pahang yang dikenali sebagai YB Soffi Anak Cikgu Razak dikatakan telah mengamuk dan "Naik Minyak". Gelagat beliau yang sungguh memalukan orang-orang kampung itu kabarnya disebabkan kerana tidak berpuas hati dan gentar dengan kunjungan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kawasan beliau baru-baru ini (9 Feb 2008).
Menurut SB Cucu YB Soffi yang merupakan Exco Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pahang amat kecewa atas kehadiran Anwar. Lantaran itu beliau bertindak dengan menyerang urusetia bertugas, yang sedang menyiapkan kerja-kerja bagi menyambut Anwar. Kabarnya, lagak YB Soffi selaku ADUN Benta amat memalukan kerana beliau lupa yang program ceramah tersebut telah diluluskan permit oleh pihak polis. Bahkan ianya turut mendapat kebenaran daripada pihak-pihak yang bertanggung jawab. YB Soffi dikatakan melenting akibat melihat sokongan yang diberikan oleh rakyat dikawasan beliau terhadap Anwar. Bahkan, majoriti sahabat handai dan saudara-mara terdekat beliau turut memberi sokongan terhadap Anwar.
"Jangan cuba nak ganggu kawasan saya !! Bertindak profesional sikit. Ini kawasan saya" gertak YB Soffi kepada petugas-petugas KeAdilan yang berada di bilik gerakan urusetia sambutan ketika itu. "YB lah sepatutnya yang perlu profesional, bukankah negara kita adalah negara demokrasi !!" Jawab salah seorang petugas terbabit.
Berang dengan jawapan tersebut, YB Soffi telah mengarahkan anak-anak buahnya yang "Karat UMNO" itu untuk menanggalkan poster dan bendera KeAdilan dan PAS yang diletakkan disepanjang jalan berhampiran dengan kawasan ceramah Anwar pada malam itu. Bahkan, anak-anak buahnya juga dilihat telah menanggalkan bendera pembangkang di tapak ceramah dan digantikan dengan bendera UMNO/BN. Biarpun petugas-petugas KeAdilan bertindak menanggalkan kembali bendera UMNO/BN dan digantikan semula dengan bendera dan poster Keadilan/PAS namun anak-anak buah YB Soffi sekali lagi dikatakan telah menanggalkan dan menggantikannya dengan bendera UMNO/BN. Bukankah perangai puak-puak UMNO ini sesungguhnya macam budak-budak?. Termasuk jugalah YB Soffi Exco Pahang yang "Kecut Perut" dan "Macam Cacing Kepanasan" akibat melihat sokongan rakyat dikawasannya terhadap Anwar dan parti pembangkang.
Apapun, kabarnya ceramah perdana Anwar tetap berjalan seperti biasa mengikut jadual. Dalam ceramahnya Anwar sempat menyindir puak-puak UMNO itu. Antara lain Anwar menegaskan beliau cukup gembira kerana kunjungan beliau ke Benta turut disambut oleh rakan-rakan dari UMNO/BN. Cuma katanya, mungkin puak-puak UMNO/BN lupa bahawa beliau telah keluar dari UMNO/BN dan kini bersama KeAdilan. INi berikutan dengan banyaknya kibaran bendera UMNO/BN disempanjang jalan dan lokasi tapak ceramah tersebut. Ucapan Anwar itu disambut dengan tepukan gemuruh oleh para hadirin yang membanjiri kawasan tersebut.
Kabarnya lokasi ceramah pada malam itu letaknnya hanya kira-kira 500 meter daripada rumah orang kuat UMNO/BN yang juga merupakan saudara YB Soffi. Sebelum itu YB Soffi dikatakan sempat bertandang ke rumah saudaranya itu kerana meraikan persiapan majlis perkahwinan anak beliau. Maka itulah, YB Soffi ternampak begitu meriah sekali acara sambutan yang bakal diadakakan terhadap ceramah Anwar. Mungkin kerna itu juga beliau cukup melenting agaknya.
Apapun. semuanya telah berakhir. Berita YB Soffi mengamuk telah sampai ke pengetahuan orang-orang kampung terutamanya di DUN Benta. Terdengar desas-desus dikalangan penyokong UMNO sendiri yang hairan dan malu dengan tindakan YB mereka itu. Kata mereka, apakah yang ditakutkan sangat oleh YB muda itu? Walhal pengaruhnya dikatakan amat kuat di Benta. Ditambah lagi dengan statusnya sebagai Exco kerajaan negeri Pahang. Kenapakah beliau begitu "Teruja" dengan kehadiran Anwar?. Syabas diucapkan kepada Saudara Zakaria Hamid, Calon PKR DUN Benta yang telah berjaya menakut-nakutkan YB Benta itu. Mungkin, harapan yang lebih cerah untuk kemenangan dapat kita lihat selepas ini.
Akhirnya setelah menjalankan siasatan, maka fahamlah Cucu kenapa YB Soffi mengamuk. Kononnya, beliau kini kemaruk untuk melobi jawatan Menteri Besar Pahang yang bakal dikosongkan oleh Datuk Nan. Biarpun dalam artikel terdahulu Cucu ada mengatakan nama Dato' Sharkar ADUN Lanchang berada diranking paling atas. Namun, angin kencang juga bertiup mengatakan YB Soffi juga mengidamkan jawatan tersebut dan akan menggunakan "Pintu Belakang". Siapakah yang bakal membantu YB Soffi? Alkisah, YB Soffi kini dikatakan begitu rapat dengan kroninya yang mempunyai pengaruh yang kuat dengan pihak istana. Nama yang dikaitkan dengan beliau ialah "Tok Muda Halim" yang dikatakan bakal merealisasikan hasrat beliau itu. Soalnya siapakah Tok Muda Halim ini? Di Pahang, sudah pasti ramai yang kenal dengan beliau kerana hubungan rapatnya dengan pihak istana. Bahkan beliau juga sering dilihat bersama tuanku dalam banyak acara-acara rasmi. Benarkan Tok Muda Halim adalah kroni YB Soffi yang bakal digunakan untuk menjadi MB melalui pintu belakang. Sama-samalah kita nantikan episod ini. Pastinya lebih panas dan lebih mendebarkan.
Melihat kepada senario ini, maka jelaslah pemimpin UMNO/BN sebenarnya amat takut dengan sokongan rakyat terhadap Anwar dan parti pembangkang amnya. Dalam kunjungan Anwar ke DUN Sabai dan DUN Jenderak sebelum itu juga, kita melihat arus perubahan sudah pun melanda. Sokongan rakyat amat memuaskan hati sekali. Lebih menarik, terdapat juga perkampungan orang asli di Jenderak yang turut menyokong Anwar dan pembangkang. Inilah yang amat menggusarkan mereka sebenarnya. Cuma apa yang kita harapkan, agar sokongan ini akan dinatijahkan menerusi undi menjelang pilihanraya umum akan datang. Lakukan perubahan demi masa depan yang lebih terjamin.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
1 comments:
kutuk mcm2 pun tak guna sebab BN menang jugak kat Benta. tumpukan kat 5 negeri. ikut macam kelantan memerintah, tutup disco, kedai judi. batalkan lesen jual arak. jadikan negeri islam di perak dan kedah. kat selangor dan penang tak perlulah sebab diorang pun macam BN jgk.
Post a Comment